DEMI MASA

ISLAM YANG SYUMUL

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِي

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

SEJARAH MASJID





Masjid At-Taqwa Bukit Kapar (lama )


Masjid At-Taqwa Bukit Kapar (Baharu)

RINGKASAN SEJARAH KAMPUNG BUKIT KAPAR DAN KRONOLOGI USAHA MENDAPATKAN SEBUAH MASJID BAHARU AT-TAQWA

1.1920an-Kampung Bukit Kapar dibuka sebagai kawasan penempatan dan pertanian.

2.1922an-Kerajaan(British) telah memperuntukan sebidang tanah 1 (satu) ekar untuk mendirikan tempat ibadah.Penduduk kampung membina sebuah surau diatas tapak tersebut.

3.1950an-Sebuah Masjid dengan muatan 500 jemaah dibina bagi menggantikan surau yang sudah uzur dan tidak boleh menampung penduduk yang semakin bertambah.

4.1960an-Pembinaan masjid baru telah dimulakan.Peruntukan khas diluluskan oleh Perdana Menteri Kedua Tun Abd Razak dalam lawatannya ke ‘Tanah Pinggir’ Kampung Bukit Kerayong.Kos RM60,000.00 mampu menampung 1,000 jemaah.

5.1971an-Masjid ini telah di rasmikan oleh YTM Tengku Ideris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (Raja Muda).Masjid ini telah di istiharkan dengan nama Masjid At-Taqwa.

6.1980an-Masjid at-Taqwa terpaksa di ubahsuai dan dibuat penambahan ruang kiri,kanan dan belakang kerana jumlah penduduk semakin bertambah.Kos ubahsuai telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 120,000.00 .Sekarang struktur masjid ini telah berusia hampir 30 tahun.

7.1986an-Kampung kami menjadi juara Kampung terbaik peringkat Negeri Selangor.Pernah menjadi juara johan peringkat Daerah Klang sebanyak tiga kali.

8.1998-Menjadi tuan rumah Majlis Nuzul Quran Peringkat Negeri Selangor.Kampung kami juga sering menjadi tuan rumah acara peringkat negeri.Almarhum DYMM Sulatan Selangor juga sering berkunjung ke kampong kami.

9.1999-Banci penduduk kepadatan kampong Bukit Kpar sekarang berjumlah *PM 10,000 orang (kadar purata pertumbuhan penduduk 5% setahun).
         
-1999-Peruntukan RM15,000.00 dari JAIS untuk membina kanopi dihalaman masjid,bagi menampung jemaah pada hari jumaat,cuti umum dan perayaan.
          
-1999-Ruang sembahyang sedia ada Cuma 9.200 kaki persegi (855 meter persegi)

10.30.07.1999-Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu At-Taqwa Bukit Kapar ditubuhkan.Kertas kerja disediakan.Peruntukan dimohon RM10 juta,perbincangan dan penyerahan maklumat  sokongan berlaku.

11.12.01.2002-Pengesahan dari JAIS mengenai peruntukan diluluskan sebanyak RM 8 juta dan dimasukkan kedalam RMK-8.

12.13.02-2002-Perbincangan selesai.Byaran akhir dibuat kepada pemilik tanah (tebusguna).Perbincangan yang berlanjutan hampir dua tahun.
            
-Tapak masjid sekarang mencapai keluasan 3.5 ekar: Tapak asal 1 ekar,ditambah 1.250 ekar (tahap 1) dan 1.250 ekar (tahap 2) hasil dari tebusguna.
             
-Masjid kami yang 40% terlibat didalam projek pelebaran jalan utama dikampung kami,Ini menimbulkan suasana tidak tenteram kepada penduduk kampong dan jemaah kami.
             
-Penduduk kampong ini yang sekarang melebihi 10,000 orang menjadikan keadaan tidak selesa dan mendesak.

13.4.02.2003-AJK Pembinaa,AJK Masjid At-Taqwa dan JKKK telah mengadakan Mesyuarat Khas bersama Y.B.Dato.Jae bin Hj.Ismail. Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan N38 Meru yang juga penaung kami.

14.11.02.2003-Menghantar surat kepada Sohibussaadah Dato’ Pengaarah JAIS memaklumkan dan memohon diadakan perbincangan terperinci.

19hb Feb 2003 bersamaan 17 Zulhijjah 1423H

Laporan Ringkasan ini hasil dari Buku Dokumentasi Sejarah Kampung Bukit Kapar oleh Dr.Ibrahim Ghaffar.





SEJARAH RINGKAS MASJID AT-TAQWA KAMPUNG BUKIT KAPAR,KLANG

PENGENALAN

Titik permulaan penerokaan dan pembukaan Kampung Bukit Kapar mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan Pekan Kapar sebagai satu kawasan penempatan penduduk yang dirangsang dengan potensi perkembangan kawasan pertanian yang diusahakan di dalam tahun 1900an.Fenomena ini telah menjadikan penduduk Pekan Kapar bertambah dengan pesatnya.

Berpandukan kepada faktor kejayaan mengusahakan aktiviti pertanian di kawasan baru ini,mendorong kumpulan peneroka tersebut untuk menjadikannya sebagai satu penempatan penduduk yang bersifat kekal.Mereka mengambil keputusan untuk berpindah dan menetap secara berkelompok dengan keluarga masing-masing di kawasan pertanian baru yang diterokai.Maka dengan ini,satu penempatan kekal penduduk di satu kawasan pertanian yang baharu diteroka telah diwujudkan.Ia adalah batu asas kepada penubuhan sebuah kampung yang kemudiannya dinamakan dengan nama Kampung Bukit Kapar.

Penambahan jumlah penduduk semakin pesat ekoran penghijrahan peneroka baru.Bagi memudahkan urusan pentadbiran tanah di Mukim Kapar Daerah Klang,Kerajaan British pada masa itu telah melakukan pengukuran semula lot-lot tanah yang telah dimajukan dengan menetapkan garis sempadannya.Melalui kerja-kerja pengukuran dan pemantauan tanah ini juga,Kerajaan British telah memperuntukan satu lot tanah yang berbentuk segi tiga dengan keluasan dianggarkan satu (1)ekar sebagai tapak membina masjid.

KEPERLUAN TEMPAT BERIBADAH YANG SEMPURNA

Berasaskan kepada kepadatan penduduk ini,sebuah masjid perlu didirikan bagi menampung bilangan jumlah  jemaah yang semakin ramai.Sehubungan dengan itu penduduk kampung telah bersetuju untuk membina sebuah masjid bagi menggantikan surau yang sedia ada.Penduduk kampung telah membina masjid tersebut secara bergotong-royong.Bahan binaan masjid berasaskan sepenuhnya daripada kayu dan beratapkan zink.

Masjid yang dibina bercirikan rumah tradisional melayu yang mempunyai lantai yang tinggi untuk mengelakkan masalah banjir memandangkan kawasan kampung pada asalnya adalah sebuah kawasan tanah gambut yang berpaya.Masjid tersebut digunakan oleh penduduk kampung sehingga 1050an.

Pada tahun 1969 masjid ini telah dibina semula bagi menampung kepadatan jemaah yang bernilai RM 60 ribu sahaja dan pada tahun 1971 Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan merasmikan masjid tersebut dengan nama Masjid At-Taqwa,Kampung Bukit Kapar,Klang.

Di awal tahun 1980an,Masjid At-Taqwa yang sedia ada diubahsuai buat kali pertama dengan tujuan untuk menambahkan ruang sembahyang memandangkan jumlah jemaah yang bertambah.Ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk Kampung Bukit Kpar telah meningkat dari setahun ke setahun.

Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Masjid At-Taqwa telah berjaya mendapatkan peruntukan untuk mengubahsuai masjid  daripada kerajaan berjumlah RM120 ribu sahaja.Semenjak dari tarikh tersebut ruang Masjid At-Taqwa  kekal tanpa sebarang pengubahsuaian walaupun hampir 20 tahun berlalu.Manakala struktur bangunan masjid hampir 30 tahun.


KRONOLOGI PEMBINAAN SEMULA MASJID AT-TAQWA BAHARU KAMPUNG BUKIT KAPAR,KLANG

  • 30 Julai 1999
Jawatankuasa Pembangunan Masjid Baharu At-Taqwa ditubuhkan,Dr Ibrahim Ghafar dilantik sebagai pengerusi.

  • 10 Jan 2000
Permohonan rasmi telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor untuk mendapatkan peruntukan RM 10 juta bagi membina masjid baharu.

  • 3 Mac 2007
Penyerahan tapak untuk pembinaan masjid oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Klang kepada Pejabat Agama Islam Daerah Klang

  • 2 Jan 2009
Tarikh asal (Tempoh Pembinaan 18 Bulan)

  • 3 Mac 2009
Tarikh siap dilanjutkan selama 60 hari (namun masih gagal disiapkan)

  • 1 Jun 2009
Tarikh siap dilanjutkan lagi selama 90 hari

  • 14 Ogos 2009
Pembinaan masjid sudah berjalan 80 peratus dan satu upacara membasuh ruang dewan solat diadakan.

  • 4 Sept 2009
Pihak JKR Klang menyerahkan kunci masjid kepada Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan kunci tersebut diserahkan kepada Nazir Masjid Ustaz Mohd Faryzan bin Mohd Subkhi.

  • 4 Sep 2009
Solat Jumaat dan solat terawih pertama disempurnakan di masjid tersebut.

  • 28 Sept 2009
Masjid lama dirobohkan dan dijadikan tapak letak kereta.



KONSEP PEMBINAA MASJID AT-TAQWA KAMPUNG BUKIT KAPAR

Masjid ini terletak di persimpangan tiga iaitu Jalan Kopi,Jalan Iskandar dan Jalan Hj Abdul Latif Kampung Bukit Kapar,Kapar.Kawasan ini dikelilingi oleh kawasan perumahan kampung iaitu rumah sebuah.

Kedudukan masjid amat sesuai dan strategic memandangkan ia berada di tengah kawasan kampung ini.Ia mudah dihubungkan dengan melalui jalan-jalan utama iaitu Jalan Kopi yang menghubungkan dengan Jalan Meru-Jalan Kapar.Jalan Iskandar yang menghubungkan Jalan Meru-Jalan Klang sementara Jalan Hj Abdul Latif boleh sampai ke penghujung kampung ini.

KONSEP REKA BENTUK

Reka bentuk masjid ini berbentuk segiempat tepat,ini adalah asimilisasi dari bentuk geometri asas segiempat melambangkan ketepatan,mudah,dan kesempurnaan bagi kebesaran Allah Azzawajjalla.

Ciri-ciri masjid tersebut mengikut rupa awal masjid yang dibina dari zaman Rasulullah S.A.W.Empat merupakan lambing empat perjalanan kehidupan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W:

1)Perjalanan Makrifat
2)Perjalanan Hakikat
3)Perjalanan Tarikat
4)Perjalanan Syariat

Maka setiap muslimin dan muslimat perlu mengikuti konsep perjalanan kehidupan tersebut untuk kejayaan dunia dan akhirat.Masjid merupakan lambing keagungan Islam dan ia merupakan rumah Allah untuk umatnya melaksanakan amal dan ibadah kepadaNya.Maka empat sifat juga perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.Di mana empat sifat tersebut terkandubg di dalam sifat Nabi iaitu:

1)Sidik-adalah benar
2)Amanah-adalah jujur
3)Tabligh-adalah menyampaikan
4)Fatanah-adalah bijaksana

Sementara itu,minaret hanya satu,ini merupakan lambing huruf ‘Alif’ untuk keesaan bagi mentauhidkan hamba kepada Allah S.W.T.Ia di letakan di atas tempat wuduk lelaki,di mana Allah suka akan kebersihan sebelum memasuki rumahNya.

Dome bagi masjid ini hanya satu,iaitu terletak di tengah-tengah ruang sembahyang utama.Ia bukan hanya sekadar melambangkan rumah Allah,malahan ia dapat memberi keselesaan ruang ketika beribadah dan tetamu Allah dapat menumpukan ibadahnya dengan lebih khusyuk.

Bagi menyesuaikan semangat masa dan tempat,bangunan masjid ini disusun atau diatur mengikut adapt rumah melayu dan bersesuaian dengan Islam iaitu anjung di letakkan di bahagian hadapan dan sisi kiri dan kanan bagi menerima kunjungan tetamu Allah untuk beribadah dari satu sudut.

Ruang sembahyang utama masjid dihubungkan oleh serambi yang terbuka,seolah-olah ia bersatu dengan ruang luar bagi menghargai kejadian alam yang indah yang dicipta oleh penciptaNya.Sementara di sisi kiri dan kanan disediakan laluan ke tempat mengambil wuduk bagi lelaki dan perempuan.

Di bahagian hadapan ruang sembahyang utama ruang mehrab,bilik imam,bilik bilal dan Audio.Sementara itu,mimbar diletakan di sebelah kanan ruang sembahyang utama bagi khatib memberi khutbah sebagai peringatan kepada manusia yang sentiasa lupa.

Ruang sembahyang utama boleh memuatkan jemaah sehingg 900 orang bagi lelaki dan 100 orang bagi perempuan pada satu-satu masa.Sementara ruang serambi boleh memuatkan seramai 500 orang pada satu-satu masa.

Dari segi reka bentuk dan estitika masjid ini adalah mengambil cirri-ciri senibina Islam tempatan dan nusantara memandangkan masjid ini terletak di kawasan perkampungan dan persekitarannya adalah rumah kediaman.Maka cirri dan bentuk bersekala domestic amatlah bersesuaian.Bentuk Bumbung utama masjid mengambil bentuk kun empat segi bertingkat dan bumbung limas serta dihiasi dengan kubah.Arca serta kekisi bercorak geometri Islam.

Pada awal perkembangan dan kebangkitan agama Islam di kepulauan nusantara seperti Acheh,Demak,Filipina,Jawa,Borneo serta Tanah Jawa dan sekitarnya telah banyak menampilkan cirri-ciri senibina yang cenderung kepada faktor iklim dan budaya tempatan.

Sehubungan dengan itu,adalah menjadi kebanggaan kepada kita mengembalikan nostalgia senibina yang berteraskan budaya dan pengaruh iklim tempatan yang telah wujud sejak 250 hingga 500 tahun dahulu.Ketinggian masjid dibentuk setinggi satu hingga tiga tingkat pada ketinggian bumbung ruang sembahyang utama.

Masjid At-Taqwa,Kampung Bukit Kapar ini terdiri dari 3 komponan iaitu:

1)Bangunan dewan sembahyang utama yang boleh memuatkan jemaah seramai 1000 orang dalam satu-satu masa.

2)Menara azan dengan ketinggian hampir 100 meter.

3)Bangunan sokongan yang berasingan bagi menempatkan tandas lelaki dan perempuan,bilik penyediaan makanan dan pengurusan jenazah.

Pembahagian ruang di dalam kompleks masjid ini adalah seperti berikut:

Aras Satu: -Pejabat,bililk mesyuarat dan bilik orang kenamaan
                 -Bilik-bilik kuliah
                 -Bangunan sokongan:
                  Tandas lelaki dan perempuan,
                 -Bilik pengurusan jenazah dan bilik penyediaan makanan
                 -Ruan sembahyang utama
                   (anggaran 100 Jemaah)

Aras Dua:   -Ruang sembahyang tambahan anggaran 500 Jemaah     
                      





No comments:

Post a Comment

MUTIARA TAQWA