DEMI MASA

ISLAM YANG SYUMUL

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِي

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

Wednesday 17 July 2013

Solat Tarawih Bersama Imam Gaza Palestine - Imam Wael Mahmud Muhammad Iyadh Al-Hafiz





Majlis Mesra Iftar bersama AJK Masjid dan AJK Surau beserta JKKK Kg Bukit Kapar - 17 Julai 2013 (8 Ramadhan)

Majlis berbuka puasa ini diadakan bagi meraikan perlantikan Ahli Jawantankuasa (AJK) Surau-Surau di Kampung Bukit Kapar yang baru di lantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Di majlis ini juga Ketua Kampung mewakili ADUN Meru, memberikan sedikit sumbangan kepada wakil Surau yang hadir bagi menjayakan program Ramadhan di Surau masing-masing.









Tuesday 9 July 2013

Bersihkan Kubur bersama PKNS - 30 June 2013

Sempena menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 2013. Pihak Masjid dengan kerjasama PKNS telah menganjurkan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Kampung Bukit Kapar.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 tengahari ini julung kalinya melibatkan seluruh kariah surau-surau yang terdapat di Kampung Bukit Kapar.

Sambutan lebih 600 orang penduduk kampung amat di luar jangkaan.

Nazir Masjid At-Taqwa mewakili penduduk kampung mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tertinggi pengurusan PKNS En Othman Omar kerana bermurah hati menaja program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Adun Meru Dr Abd Rani Osman kerana sudi hadir merasmikan majlis.

InsyaAllah majlis gotong-royong perdana membersihkan kubur yang melibatkan seluruh kariah di Kampung Bukit Kapar akan dilaksanakan setiap tahun.
















Thursday 4 July 2013

Taqwim Ihya Ramadhan 1434H/2013M


MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2013




Kepada Yang Berkenaan
        
PARA DERMAWAN
…………………………….


Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK  PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2013

Berhubung perkara di atas, dengan penuh hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan  Masjid At Taqwa Kg. Bukit Kapar, Klang, InsyaAllah akan menganjurkan pelbagai aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun 2013 ini bagi sama-sama merebut pelbagai tawaran istemewa dengan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT.

2.         Sehubungan itu dengan rasa rendah diri, sukacita kami memohon sumbangan /tajaan/peruntukan daripada YAB. Tan Sri/ YB Dato/Datin/tuan/puan/muslimin/muslimat bagi sama-sama membantu membiayai kos penganjuran Program Ihya’ Ramadhan berkenaan.

3.                  Sumbangan YAB/YB Tan Sri/Dato/Datin/tuan/puan/muslimin/muslimat boleh dibuat melalui bayaran tunai atau cek hendaklah ditulis atas nama :-
MASJID AT TAQWA No.Akuan –26229600006885  RHB Meru

Kesudian dan kerjasama tuan dalam memberikan pertimbangan yang sewajarnya ke atas permohonan ini, sesungguhnya sangat-sangat kami hargai.  Kami mendoakan agar para penyumbang akan mendapat keberkatan dan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Sebagai rujukan, bersama ini disertakan kertas kerja cadangan Program Ihya’ Ramadhan Masjid At Taqwa.  

Sekian, terima kasih.


Saya Yang Menjalankan Tugas,


………………………………..
(HAJI JAMIL BIN SIWAN)
Nazir,
Masjid At Taqwa, Kg. Bukit Kapar,
Klang, Selangor

s.k        -          Yang Berhormat Tuan Dr. Hj. Abd. Rani b. Osman
                        Adun Kawasan Meru
-               Tuan Tuan Yusri B. Abdullah
                        Penghulu Mukim Kapar

MUTIARA TAQWA