DEMI MASA

ISLAM YANG SYUMUL

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِي

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

Thursday 4 July 2013

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2013




Kepada Yang Berkenaan
        
PARA DERMAWAN
…………………………….


Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK  PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2013

Berhubung perkara di atas, dengan penuh hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan  Masjid At Taqwa Kg. Bukit Kapar, Klang, InsyaAllah akan menganjurkan pelbagai aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun 2013 ini bagi sama-sama merebut pelbagai tawaran istemewa dengan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT.

2.         Sehubungan itu dengan rasa rendah diri, sukacita kami memohon sumbangan /tajaan/peruntukan daripada YAB. Tan Sri/ YB Dato/Datin/tuan/puan/muslimin/muslimat bagi sama-sama membantu membiayai kos penganjuran Program Ihya’ Ramadhan berkenaan.

3.                  Sumbangan YAB/YB Tan Sri/Dato/Datin/tuan/puan/muslimin/muslimat boleh dibuat melalui bayaran tunai atau cek hendaklah ditulis atas nama :-
MASJID AT TAQWA No.Akuan –26229600006885  RHB Meru

Kesudian dan kerjasama tuan dalam memberikan pertimbangan yang sewajarnya ke atas permohonan ini, sesungguhnya sangat-sangat kami hargai.  Kami mendoakan agar para penyumbang akan mendapat keberkatan dan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Sebagai rujukan, bersama ini disertakan kertas kerja cadangan Program Ihya’ Ramadhan Masjid At Taqwa.  

Sekian, terima kasih.


Saya Yang Menjalankan Tugas,


………………………………..
(HAJI JAMIL BIN SIWAN)
Nazir,
Masjid At Taqwa, Kg. Bukit Kapar,
Klang, Selangor

s.k        -          Yang Berhormat Tuan Dr. Hj. Abd. Rani b. Osman
                        Adun Kawasan Meru
-               Tuan Tuan Yusri B. Abdullah
                        Penghulu Mukim Kapar

No comments:

Post a Comment

MUTIARA TAQWA